Seperti yang telah dijanjikan, Monsta Channel di YouTube akan menyajikan lebih banyak kandungan menarik dan terkini dari dalam dan luar negara di saluran tersebut. Maka bermula 7 April 2018 ini, setiap hari Sabtu, jam 5.30 petang, Monsta Channel akan mula menayangkan siri animasi popular dari Jepun iaitu Pokémon Sun & Moon. Ini merupakan streaming rasmi percuma yang pertama buat siri Pokémon di Malaysia! [This article is available in English here]


Siri ini merupakan musim yang ke-20 buat animasi terkenal ini dan mengisahkan pengembaraan Ash Ketchum dan Pikachu di Kepulauan Alola.

Mampukah Ash dan Pikachu mengatasi semua cabaran dan menguasai kekuatan ‘Gerakan-Z’ yang mengagumkan? Jangan lupa untuk mengikuti kisah mereka!

Daerah Alola di mana kisah terbaharu Ash dan Pikachu bermula merupakan sebuah kepulauan tropikal yang hangat dan penuh dengan Pokémonnya yang tersendiri! Ash dan ibunya sedang bercuti di sana bersama-sama dengan Pikachu dan Mimey dan mereka begitu seronok sekali!

 

Pokémon Sun & Moon akan ditayangkan di Monsta Channel dalam versi Bahasa Inggeris dan disertai dengan sarikata Bahasa Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi di antara yang terawal menontonnya di Monsta Channel!


Treler Pokémon Sun & Moon

Pokémon Sun & Moon Episod 1 – ‘Alola Ke Arah Pengembaraan Baharu!’ akan ditayangkan di Monsta Channel, 7 April, Sabtu, 5.30 petang!


Untuk info lanjut, lawati laman-laman rasmi ini: Monsta Channel (Facebook), Monsta Channel (YouTube), Pokémon Malaysia (Facebook) dan Portal Pokémon Malaysia.