MENU

by • 28 March 2018 • Official NewsComments (0)3619

BoBoiBoy Galaxy Kembali Dengan Episod Baharu Bulan Mei Ini!

Monsta Channel, sebuah saluran di YouTube milik Animonsta Studios (Monsta) yang terkenal dengan animasi BoBoiBoy Galaxy, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa siri tersebut akan kembali menemui peminat pada bulan Mei dan Jun ini di TV3 dan Monsta Channel, YouTube.

Episod 19 hingga 22 BoBoiBoy Galaxy akan ditayangkan di sepanjang bulan Ramadan ini pada setiap Jumaat, jam 5 petang di TV3, dan jam 5.30 petang di Monsta Channel bermula 18 Mei 2018. Manakala episode 23 dan 24 pula akan digabungkan menjadi Season 1 Finale Special dan akan ditayangkan dalam slot 1 jam pada Raya nanti di TV3 dan Monsta Channel, YouTube.

Apakah cabaran baharu yang bakal dihadapi BoBoiBoy dan rakan-rakan di Season Finale nanti?

[Read this article in English]

Adakah anda teruja? Bukan itu sahaja! Monsta Channel telah mengaturkan lebih banyak rancangan menarik untuk tontonan semua! →


Pada bulan April ini animasi popular dari jepun, Pokémon, akan tampil dengan siri terbaharunya iaitu Pokémon Sun & Moon di Monsta Channel setiap Sabtu, jam 5.30 petang.

 

Jom ikuti pengembaraan Ash dan Pikachu menerokai Daerah Alola dalam Pokémon Sun & Moon.

 

Dengan siri animasi Beyblade Burst yang juga sedang rancak ditayangkan di saluran tersebut pada masa ini, Monsta Channel diharap boleh berkembang menjadi sebuah hab animasi yang berjaya di YouTube dan sesuai untuk diikuti oleh segenap lapisan umur tidak kira yang muda mahupun yang dewasa.


Beyblade Burst: Episod 4 di Monsta Channel, YouTube

 

Kini penonton bukan sahaja berpeluang untuk menonton animasi-animasi terbaik ini secara percuma, berdefinisi tinggi, serta dengan audio berkualiti, malah mereka boleh melakukannya secara rasmi dan selamat menerusi Monsta Channel yang memegang hak untuk membawa animasi-animasi tersebut ke Malaysia menerusi YouTube.

Monsta Channel diharap boleh berkembang menjadi sebuah hab animasi yang berjaya di YouTube dan sesuai untuk diikuti oleh segenap lapisan umur tidak kira yang muda mahupun yang dewasa.

Animasi popular Beyblade Burst kini berputar di Monsta Channel, YouTube Mac ini!

Sehingga kini, Monsta Channel sudah menjadi sinonim dengan animasi BoBoiBoy Galaxy dan para penonton kami yang setia mengikuti saluran ini sentiasa tidak sabar menantikan kemunculan episod terbaharunya. Dengan kepercayaan yang telah diberikan ini, pihak Monsta ingin memperkenalkan lebih banyak variasi animasi-animasi baharu yang berkualiti dan menarik dari serata dunia khas buat tontonan anda semua. Selain itu kami juga akan terus berusaha untuk menarik masuk pelbagai lagi jenama besar yang lain untuk menyertai ‘keluarga’ Monsta di masa hadapan.

[…] pihak Monsta ingin memperkenalkan lebih banyak variasi animasi-animasi baharu yang berkualiti dan menarik dari serata dunia khas buat tontonan anda semua.

Kami di Monsta amat berterima kasih atas sokongan anda semua yang telah mendukung Monsta Channel hingga saluran ini kini merupakan di antara salah satu saluran animasi yang popular di YouTube dengan lebih dari 2 billion tontonan, dan melebihi 2.4 juta Subscribers. Teruskan menyokong dan menonton Monsta Channel!

Untuk info lanjut, lawati laman-laman rasmi ini: Monsta Channel (Facebook), BoBoiBoy (Facebook), Monsta Channel (YouTube), dan Portal Pokémon Malaysia.

Spread the news on Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someonePrint this page

Comments are closed.