Sempena cuti sekolah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa adik-adik untuk menyertai Peraduan Mewarna KPM x BoBoiBoy di Instagram! Menarik, bukan?

Screenshot dari Instagram rasmi KPM yang memaparkan informasi tentang peraduan. (Link di sini)

Banyak hadiah-hadiah TERBAIK dari siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy boleh menjadi milik adik-adik semua!

Peraduan ini mempunyai 2 KATEGORI iaitu untuk kanak-kanak
1) Sekolah Rendah dan
2) Sekolah Menengah.
Cara-cara nak sertai mudah saja! Baca butiran di bawah ni dengan teliti tau!

CARA-CARA:

1) Cetak (print) poster yang boleh dimuat turun dari laman KPM (Link di sini) mengikut kategori masing-masing

Poster mewarna untuk KATEGORI Sekolah Menengah.
Poster mewarna untuk KATEGORI Sekolah Rendah.
2) Warnakan poster tersebut menggunakan pensel warna SAHAJA (bagi kedua-dua kategori)
3) Kemudian, ambil gambar poster berkenaan dan muat naik di akaun Instagram adik-adik.  Gambar poster mestilah jelas dan terang
4) Sertakan hashtag #KPMBBB pada status poster berkenaan
5) Tag 10 rakan adik-adik dalam pos Instagram tersebut
6) Jangan ‘private‘ akaun Instagram adik-adik
Peraduan ini berlangsung bermula 1 Disember – 24 Disember 2018.
Pemenang pertandingan akan diumumkan di Instagram rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: @kempendidikan . Untuk info lanjut, boleh layari juga laman rasmi KPM.