Selepas kejayaan siri pesanan khidmat masyarakat mengenai bahaya COVID-19 yang menampilkan watak animasi kegemaran ramai, Pesanan Papa Pipi yang telah dilancarkan pada 19 Mac 2020 lalu, Monsta telah memuat naik dua buah video baharuvideo lirik dan juga muzik videoyang menampilkan telatah comel watak Pipi Zola menyanyikan lagu berjudul ‘Ayuh Cuci Tangan‘.

 



Papa & Pipi menyanyi, menari, dan mengajak para penonton mencuci tangan di dalam muzik videoAyuh Cuci Tangan


▲ Tonton muzik videoAyuh Cuci Tangan‘ di Monsta YouTube Channel sekarang!

 

Rentak yang rancak dan animasi yang menghiburkan dari kedua-dua video tersebut diharap dapat menarik jiwa pendengar di samping menyampaikan mesej yang bermanfaat tentang penjagaan kebersihan kepada orang ramai, terutamanya kanak-kanak, di kala penularan wabak COVID-19 di Malaysia pada ketika ini.

 


▲ Klip dari video lirikAyuh Cuci Tangan‘ yang menonjolkan watak comel, Pipi Zola, dalam bentuk animasi 2D.

 

Lagu Ayuh Cuci Tangan ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak membasuh tangan dengan cara yang menghiburkan dan mudah diikuti.

 


▲ Jom menyanyi bersama-sama dengan video lirik ni!

 

Hanya dalam masa beberapa hari dilancarkan, ia telah menjadi ikutan netizen. Mereka berkongsi lagu tersebut dengan menggunakan hashtag #AyuhCuciTangan yang menampilkan telatah anak-anak kecil menyanyi bersama mengikut lagu yang dimainkan.

 

@harrazhanif20♬ original sound – Papa Pipi

 

@klang_pulingow##cucitangan ##jauhkandaripenyakitcorona♬ original sound – Papa Pipi

 

@shanumplik♬ original sound – Papa Pipi

 

@airien.kh♬ original sound – Papa Pipi


▲ Lagu ‘Ayuh Cuci Tangan’ ternyata amat popular di aplikasi TikTok.

 

Kebanyakan komen yang ditinggalkan berpendapat bahawa lagu ini sering berlegar-legar di kepala mereka. Ia juga turut dikongsikan oleh United Nations Development Programme Malaysia (UNDP Malaysia) menerusi laman media sosial mereka.

 

▲ Video ‘Ayuh Cuci Tangan‘ telah dikongsi di Twitter dan laman Facebook United Nations Development Programme Malaysia (UNDP Malaysia).

 

▲ Yang dewasa juga turut terikut-ikut dengan lagu ‘Ayuh Cuci Tangan‘ yang rancak dan mudah diingati.

 

▲ Lagu trendi Papa Pipi juga menerima sambutan baik di kalangan penonton Indonesia.

 

▲ Ada juga yang menggalakkan orang ramai mencuci tangan sambil mengikuti lagu tersebut agar cukup 20 saat.

 

Dalam video Monsta sebelum ini, siri pesanan khidmat masyarakat mengenai COVID-19 yang bertajuk Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19’ telah meraih populariti yang memberangsangkan dengan menjana jutaan tontonan di platform-platform media sosial rasmi Monsta dan turut dikongsi melalui aplikasi-aplikasi penghantaran mesej seperti Whatsapp. Video tersebut juga telah dikongsikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Pelajaran Malaysia, dan juga turut dikongsikan oleh stesen-stesen penyiaran televisyen di Malaysia, Indonesia, dan Brunei.

 


▲ Video PSA Papa Pipi mengenai COVID-19 telah dikongsi oleh KKMM di Facebook.

 

Video pesanan masyarakat itu ternyata relevan dan dekat di hati penonton, dan telah dilaporkan secara meluas bukan sahaja di dalam negara bahkan negara-negara lain contohnya portal berita atas talian popular Báo Giáo dục và Thời đại dari Vietnam.

 


▲ Portal berita Vietnam, Báo Giáo dục và Thời đại, telah memaparkan artikel mengenai Papa Pipi.

 

Dengan bantuan para peminat, Monsta juga telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan video tersebut kepada bahasa Inggeris, Mandarin, Vietnam, Thai, Turki, Perancis dan bahasa-bahasa lain, demi mendidik dan menerapkan kesedaran kepada penonton di serata dunia. Monsta mengambil kira usaha ini sebagai tanggungjawab sosial mereka untuk membantu melawan penularan jangkitan COVID-19.

 


▲ Video PSA Papa Pipi dengan sari kata bahasa Mandarin di Facebook BoBoiBoy.

 

Monsta berharap pengisian informasi berbentuk hiburan seperti ‘Ayuh Cuci Tangan‘ dan ‘Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19!’ sedikit sebanyak membantu para ibu bapa menyampaikan dan mendidik anak-anak mereka dengan cara yang mudah diikuti dan difahami demi keselamatan keluarga dan penduduk di dunia secara umumnya.

 


 

Pautan berkaitan: