MENU

by • 23 August 2017 • BoBoiBoy Galaxy, Monsta, Monsta News, Official NewsComments (0)1258

Karnival Mini ‘Monsta Galaxy 2017’ di Alamanda, Putrajaya

Animonsta Studios SDN. BHD. atau Monsta iaitu syarikat studio animasi Malaysia yang dikenali dengan siri animasi BoBoiBoy Galaxy akan mengadakan sebuah karnival mini berjudul ‘Monsta Galaxy 2017’ bermula 26 Ogos hingga 3 September 2017 ini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, di ruang legar utama pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, di antaranya pertarungan BoBoiBoy Galaxy Card™, pertandingan Cosplay BoBoiBoy, serta pertandingan mewarna dan sand art.

Selain daripada penampilan istimewa Pikachu – watak popular dari siri Pokémon, para peminat juga boleh bertemu dan bergambar bersama-sama dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Buat pertama kalinya, koleksi kereta mainan TOMICA versi BoBoiBoy Galaxy yang terbaharu hasil kolaborasi dengan syarikat mainan Takara Tomy juga akan dipamerkan kepada umum.

Lebih menarik lagi, Monsta akan memberi peluang kepada peminat-peminat yang terpilih untuk menonton 10 minit awal Episod 14 BoBoiBoy Galaxy yang belum pernah lagi disiarkan di kaca TV mahupun YouTube secara eksklusifnya di karnival ini!

Untuk info lanjut, sila ke laman Facebook rasmi BoBoiBoy.

Spread the news on Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someonePrint this page

Comments are closed.