Monsta sedang melancarkan satu siri pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang menampilkan animasi kegemaran ramai, Pesanan Papa Pipi sebagai usaha untuk mendidik kanak-kanak mengenai pentingnya kebersihan serta langkah berjaga-jaga yang boleh diamalkan sewaktu gelombang wabak COVID-19 melanda.


▲ Pipi mengajar cara untuk bersin yang betul agar tidak menyebarkan virus di dalam episod Pesanan Papa Pipi

 

Pesanan khidmat masyarakat pertama Papa Pipi yang bertajuk ‘Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19!’ mengajak penonton supaya duduk sahaja di rumah untuk mengehadkan penyebaran virus yang sedang menular.

 


▲ PSA Papa Pipi: ‘Duduk Diam-diam! Jauhi Covid-19!’ yang mengajar tentang virus tersebut

 


▲ Episod terbaru Pesanan Papa Pipi: ‘Cegah Covid-19! Bukan David-19!’ juga mengetengahkan tentang Covid-19 dalam bentuk komedi yang mudah dihadam

 

PSA tersebut telah mengumpul lebih daripada setengah juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik ke semua saluran digital Monsta pada 19 Mac 2020.

 

 

 

 

 

 

▲ Reaksi netizen terhadap PSA Papa Pipi rata-rata amat memberansangkan dan ternyata berkesan

 

▲ Penonton dari Indonesia juga telah memberikan respon positif terhadap PSA Papa Pipi

Ju Usop di Facebook menyarankan agar ibu bapa menunjukkan video PSA tersebut kepada anak-anak
▲ Info mudah difahami, menurut Reza Aleeya di Facebook

 

Hasil usaha syarikat ini mendapat pujian ramai atas pendekatan yang menghiburkan serta mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia terbukti apabila video yang mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di media sosial malah di platform lain seperti aplikasi pesanan WhatsApp itu turut dikongsikan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di laman sosial mereka. Di samping itu, video tersebut juga telah dijadualkan untuk disiarkan melalui semua saluran penyiaran utama di Malaysia.

 

▲ Portal berita BERNAMA turut sama berkongsi tentang PSA Papa Pipi di laman & Twitter mereka

 


▲ Video PSA tersebut juga turut dikongsi oleh vlogger Pure Pixels, Zhaf.

 

Monsta bakal menyajikan lagi pesanan khidmat masyarakat dan kandungan berinformasi berkaitan COVID-19 dalam masa terdekat ini. Ia merupakan usaha syarikat tersebut untuk menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasakan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020.

 

▲ Komik oleh Monsta yang menjelaskan tentang apa itu Perintah Kawalan Pergerakan agar lebih mudah difahami kanak-kanak

 

Dengan ini, Monsta berharap agar mereka dapat menanamkan kesedaran terhadap masyarakat dan khalayak ramai, secara tidak langsung membantu meringankan beban pihak berkuasa serta para petugas dalam bidang perubatan yang sedang bertarung sehabis baik untuk menentang wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

 

▲ Papa & Pipi menjelaskan tentang COVID-19 di Facebook

 



Pautan berkaitan: