MENU

by • 10 April 2018 • Beyblade Burst, Monsta, Monsta News, Monsta YouTube Channel, Official News, Pokémon MalaysiaComments (0)1720

Kenapa Ada Animasi Jepun Di Monsta Channel?

Ramai yang mungkin tertanya-tanya: Kenapa Monsta Channel sekarang ini menayangkan animasi Jepun di saluran tersebut?

Tentu penonton kami perasan tentang perubahan ini! Bermula dari siri Beyblade Burst dan kini Pokémon Sun & Moon, Monsta Channel ingin terus menyajikan animasi terbaik, bukan sahaja dari Jepun, malah dari serata dunia agar anda, penonton setia kami, boleh berpeluang menonton lebih banyak kandungan-kandungan yang menarik!

Jangan risau! Sudah tentu BoBoiBoy Galaxy masih merupakan jenama utama kami. Bezanya, kini anda mempunyai variasi pilihan yang lebih banyak! Habuan untuk semua!

[Click HERE for the English version of this article]

Habuan untuk semua!

Beyblade Burst dimuat naik di Monsta Channel pada setiap Isnin dan Rabu, 5.30PM, dan Pokémon Sun & Moon setiap Sabtu, 5.30PM.


Tonton trailer Pokémon Sun & Moon!

Apa yang lebih menarik lagi, kesemua animasi ini boleh ditonton melalui saluran di internet yang sah, dengan kualiti yang tinggi, serta secara percuma! Monsta Channel merupakan SATU-SATUNYA saluran YouTube yang memegang lesen untuk menayangkan kedua-dua siri Beyblade Burst and Pokémon Sun & Moon ini secara online di Malaysia.

Ya, betul tu! Setakat ini, tiada lagi saluran streaming di Malaysia yang lain yang mendapat kebenaran untuk menstrim siri-siri ini selain dari kami. Ini juga bererti para penonton yang menonton melalui Monsta Channel secara tidak lansungnya menyokong animasi-animasi kegemaran mereka dengan menstrim melalui saluran yang sah. #PastikanOri

Bukan itu sahaja, kesemua animasi di saluran kami mempunyai sarikata Bahasa Malaysia!


Tonton Beyblade Burst EP07: Mampukah Valt Aoi menjadi Beyblade Master terhebat?

Monsta Channel ingin berkembang sebagai sebuah hab animasi untuk kandungan-kandungan dari dalam negara dan juga internasional, dan justeru itu kami akan terus berusaha untuk mencari program yang menarik dan unik untuk tontonan semua!

Tiada masa untuk menonton di kaca TV? Atau ingin menonton cerita kegemaran berulang kali tidak kira di mana sahaja anda berada? Monsta Channel di YouTube ialah jawapannya!Lebih Cerita, Lebih Ceria’!

Monsta Channel: Kesemua animasi-animasi cool kini di hujung jari anda!

 


Untuk info lanjut, sila lawati laman-laman rasmi ini: Monsta Channel (Facebook), BoBoiBoy (Facebook), Monsta Channel (YouTube), Pokémon Malaysia (Facebook) and The Pokémon Malaysia Portal.

 

Spread the news on Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someonePrint this page

Comments are closed.