MENU

by • 30 October 2017 • Monsta, Monsta News, Official NewsComments (0)1947

Siri Mainan Terbaharu TOMICA BoBoiBoy Galaxy Kini DI PASARAN!

Dari kiri: Kenderaan Siri TOMICA versi Fang, BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Angin, dan Probe

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba! Kini peminat siri BoBoiBoy Galaxy dan pengumpul koleksi khas TOMICA boleh mendapatkan siri mainan terbaharu TOMICA BoBoiBoy Galaxy. Ada 5 variasi berbeza untuk dikumpul iaitu:

1) BoBoiBoy Petir
2) BoBoiBoy Angin
3) BoBoiBoy Api
4) Fang
5) Probe (sebagai kenderaan Adu Du)

Yang menariknya, ketiga-tiga model BoBoiBoy ini boleh dicantumkan menjadi BoBoiBoy Kuasa 3. Produk ini direka oleh pereka dari Jepun yang mana idea ini diguna pakai didalam siri BoBoiBoy Galaxy dan kini menjadi variasi permainan yang wajib dimiliki oleh peminat siri ini.
Tak tahu nak beli dimana? Anda boleh pergi ke Pasaraya AEON, Parkson, dan Hamleys. Harganya hanya RM29.90 (Semenanjung Malaysia) sahaja setiap satu! Dapatkan dengan segera kerana ini adalah koleksi jangka terhad! Anda juga boleh ikuti perkembangan dan info terkini di laman Facebook rasmi BoBoiBoy dan laman Instagram rasmi BoBoiBoy (@ boboiboy.terbaik) untuk mengetahui promosi terkini siri TOMICA BoBoiBoy Galaxy ini!
Spread the news on Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someonePrint this page

Comments are closed.