BoBoiBoy Movie 2 merupakan hasil karya studio animasi Malaysia, Monsta.


KUALA LUMPUR, 12 JUN 2020 – Baru-baru ini BoBoiBoy Movie 2 oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd. (Monsta) telah berjaya mendapat pengiktifaran daripada beberapa acara festival filem antarabangsa dan juga tempatan.

Filem animasi buatan Malaysia yang berjaya meraih kutipan ‘box-office’ sebanyak RM30 juta pada tahun 2019 itu merupakan di antara finalis bagi kategori ‘Best Animation 3D Film’ di New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA 2020), Amerika Syarikat pada awal Jun ini.

BoBoiBoy Movie 2 tercalon sebagai finalis di New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA 2020).

Selain itu, BoBoiBoy Movie 2 juga tercalon sebagai salah satu finalis di Florence Film Awards, Itali bagi kategori ‘Best Animated Film’.

BoBoiBoy Movie 2 telah terpilih sebagai finalis di Florence Film Awards.


Yang menariknya, pengiktirafan dan penganugerahan ini bukan sahaja tertumpu kepada pembikinan filem animasi semata-mata. Monsta juga telah berjaya merangkul anugerah bagi kategori pemasaran atau marketing untuk BoBoiBoy Movie 2.

Ini dibuktikan dengan dua kemenangan yang berjaya diraih di Laurus Film Festival yang berlangsung di Russia bagi kategori ‘Best Poster’ dan ‘Best Teaser Trailer’ hasil daripada undian komiti dan juri profesional festival filem tersebut.

BoBoiBoy Movie 2 telah memenangi anugerah Poster Terbaik dan Teaser Trailer Terbaik di Laurus Film Festival, Rusia.

Monsta juga telah berjaya merangkul anugerah bagi kategori pemasaran atau marketing untuk BoBoiBoy Movie 2.

Pemasaran BoBoiBoy Movie 2 telah memenangi anugerah Silver di The APPIES Malaysia Award 2020 untuk kempen promosinya yang kreatif.

Ini juga disusuli dengan strategi pemasaran BoBoiBoy Movie 2 yang berjaya merangkul ‘Silver Award’ untuk kategori ‘Marketing Innovation’ di The APPIES Malaysia Award 2020 baru-baru ini menerusi taktik pemasaran, ‘Power Sphera Meter’ yang diolah oleh Monsta. Monsta telah memenangi anugerah ini seiringan dengan jenama-jenama besar yang terkenal seperti CIMB, Petronas, dan lain-lain.

▲ Teaser Trailer BoBoiBoy Movie 2 yang telah dinobatkan sebagai ‘Best Teaser Trailer’ di Laurus Film Festival.
▲ BoBoiBoy and Adu Du appeared on the popular talkshow MeleTOP and interacted with the hosts Nabil & Neelofa while promoting BoBoiBoy Movie 2. The video went viral on social media platforms such as Twitter.

Ini secara tidak lansung turut membuktikan bahawa sokongan kuat dari segi pemasaran dilihat memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan keberkesanan sesuatu hasil karya hinggakan karya tersebut dapat menembusi ke peringkat antarabangsa.

BoBoiBoy Movie 2 is now available to stream via Netflix.

Pautan berkaitan: