KUALA LUMPUR, 13 Februari 2026Papa Zola The Movie kini filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 juta jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan telah meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung, menjadikannya filem Malaysia ketiga tertinggi sepanjang zaman dari segi kutipan, selepas Mat Kilau dan Blood Brothers.

Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal Aabidin berkata bersempena cuti panjang yang bakal tiba sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan selama seminggu, pihak produksi terus menggiatkan usaha mengajak rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga di pawagam.

“Menjelang cuti panjang Tahun Baru Cina dan cuti sekolah seminggu, fokus kami di Malaysia adalah untuk mengajak para keluarga untuk menonton Papa Zola The Movie bersama-sama di pawagam. Pada masa yang sama, MONSTA sedang memperluas fokus promosi ke pasaran antarabangsa susulan prestasi memberangsangkan file ini di luar negara.”

Faiz Zainal Aabidin, Pengarah Media MONSTA, Malaysia.

Di Indonesia, filem berkenaan terus mencatat sambutan memberangsangkan apabila kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi khususnya di bandar-bandar utama.

Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures, Rivki Morais berkata pencapaian tersebut mencerminkan penerimaan positif penonton Indonesia terhadap filem itu.

“Papa Zola The Movie kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi khususnya di pusat bandar utama.”

— Rivki Morais, Ketua Pegawai Pemasaran, MD Pictures

Papa Zola The Movie akan meneruskan tayangan serta aktiviti promosi antarabangsa di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pada April, diikuti pasaran GCC lain termasuk Bahrain, Oman dan Qatar pada Mei, serta Turkiye, India dan Vietnam pada Jun.

Bagi mendekatkan filem ini dengan penonton di setiap negara, Papa Zola The Movie turut ditampilkan dalam versi alih suara yang disesuaikan mengikut bahasa tempatan, selaras dengan keperluan dan cita rasa pasaran masing-masing.

Seiring dengan ketibaan musim cuti perayaan, rakyat Malaysia dijemput untuk menyaksikan Papa Zola The Movie di pawagam — tontonan pilihan keluarga sepanjang cuti sekolah.

Avatar photo

By Ekeen.K

© 2026 Monsta Studios Sdn Bhd (872376-W) All Rights Reserved.