Pada 26 May 2018 yang lepas, bertempat di Atria Shopping Gallery, Kadokawa Gempak Starz dan juga Monsta telah mengadakan majlis pra pelancaran bagi Komik Eksklusif Boboiboy Galaxy X Lawak Kampus: SUPERIOR. Komik tersebut merupakan sebuah komik crossover kedua-dua jenama tersebut.

Muka depan Komik Eksklusif BoBoiBoy Galaxy X Lawak Kampus: SUPERIOR

Di majlis tersebut peminat boleh membuat tempahan awal/ pre-order bagi komik tersebut yang bakal dijual pada umum 31 Ogos 2018 ini. Yang paling menarik lagi, bagi yang membuat pesanan awal, mereka akan menerima satu goodie bag eksklusif dari Gempak dan juga Monsta!

Kalau nak tengok sendiri kemeriahan majlis pra pelancaran tersebut dan nak tahu apa yang terdapat di dalam goodie bag tersebut, jom tonton video di bawah!


Source: SM Kolektor (Facebook), SM Kolektor (YouTube), BoBoiBoy (Facebook)