Monsta mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat antarabangsa bagi membawa animasi BoBoiBoy ke China dan India.

Pengumuman ini mendapat sokongan baik dari pihak MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) dan juga rakan kolaborasi Monsta iaitu WebTVAsia yang akan memberi peranan penting dalam pengedaran animasi Boboiboy ke negara China.

Untuk pengetahuan anda juga, sempena kerjasama ini ketiga-tiga siri animasi BoBoiBoy dan juga BoBoiBoy: The Movie akan dialihbahasa ke Bahasa Mandarin. Menarik tak?

Untuk membawa animasi BoBoiBoy ke India pula, Monsta akan menjalinkan kerjasama dengan Disney Channel dalam menyiarkan animasi tersebut dalam bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Bahasa Inggeris.

Gambar kredit kepada Aksiz!