MENU

by • 11 August 2017 • Monsta, Official NewsComments (0)217

MDEC anjur Persidangan dan Festival Animasi Kre8tif!

CEO MDEC, Dato’ Yasmin Mahmood bersama Timbalan Presiden (CCT)
MDEC, Hasnul Hadi Samsudin ketika pelancaran Kre8tif!


9 Ogos
– Industri animasi tempatan ternyata berkembang dari tahun ke tahun yang mana ia menyaksikan semakin ramai anak tempat mula menceburkan diri dalam dunia animasi yang sebelum ini di dominasi oleh negara asing.

Malah kini studio animasi tempatan menerusi IP (Intellectual Property) mereka sendiri telah berjaya menembusi pasaran di rantau Asia, malah ada juga yang telah berjaya menembusi di lebih 80 negara.

Berikutan itu, Malaysia Digital Economy Corporation atau lebih dikenali dengan MDEC telah menganjurkan acara Kre8tif! Conference & Content Festival 2017 yang mana ia mengumpul pemain-pemain utama industri animasi serantau di bawah satu bumbung selama empat hari di Cyberview Spa & Resort di Cyberjaya.

“Industri kreatif dan animasi mempunyai potensi yang sangat besar dan ia telah menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara sejak beberapa tahun lalu. MDEC sudah mempunyai perancangan untuk merancakkan lagi ekonomi digital untuk mengembangkan lagi industri ini.

 

Barisan penggiat animasi tempatan dan serantau yang hadir untuk acara Kre8tif!

“Oleh itu, acara ini dianjurkan sebagai salah satu usaha oleh MDEC untuk menyediakan satu platform kepada pemain industri baru untuk mengetahui dan memahami tentang apa yang diperlukan untuk berada dalam industri animasi ini.

“Selain itu, acara Kre8tif! Ini juga memberi peluang kepada studio animasi tempatan untuk berkomunikasi dengan pihak luar negara dan secara tidak langsung membuka peluang untuk menjalin kerjasama pada masa hadapan,” ujarnya Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Dato’ Yasmin Mahmood ketika melancarkan acara itu pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kandungan Kreatif (CCT) MDEC, Hasnul Hadi Samsudin pula berkata acara ini turut akan membincangkan mengenai pelbagai perkara mengenai industri termasuk teknologi, trend dan cara terbaik untuk memacu industri animasi.

Acara Kre8tif! akan terbahagi kepada dua acara iaitu 9 hingga 10 Ogos adalah acara persidangan dan ‘networking’ antara pemain industri animasi, manakala pada 11 hingga 12 Ogos pula akan berlangsung di TSI Sports Arena, Cyberjaya yang mana ia akan mempunyai pelbagai aktiviti keluarga menarik untuk orang awam.


Source: Cinema Online

Spread the news on Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someonePrint this page

Comments are closed.